KEMUDAHAN FIZIKAL KECERIAN

KEMUDAHAN  SEKOLAH
Walaupun sekolah ini terletak jauh di luar bandar tetapi ia tidak ketinggalan dari segi kemudahan- kemudahan yang terkini. 

Berikut adalah antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini.

Bekalan letrik 
Bekalan air 
Mesin fotostat 
Radio 
Komputer 
TV 29 inci
VCD
Laminating Machine
Label Printer
Kipas Angin (seluruh bangunan)
Sistem Siaraya (P.A System)
Alat pemadam api
Berhawa Dingin

FIZIKAL  SEKOLAH
Sekolah ini terdiri daripada empat buah cawangan. Tiap-tiap cawangan mempunyai bangunan  tersendiri.

Sekolah Induk mempunyai dua blok bangunan satu tingkat. Blok yang pertama yang telah dibina pada tahun 1965 dan 1967 terdiri daripada  Pejabat  Sekolah , Bilik Guru Besar, Bilik Darjah Tahun 2,3,5 dan 6. Bangunan sebelahnya  terdiri daripada Pejabat Guru Besar,Bilik darjah Tahun 3 & 4 , Setor Sukan , Setor RMT dan Perpustakaan.

Di sebelah bangunan ini terdapat Bilik Pusat Sumber Sekolah , Bilik Perpustakaan , Bilik Guru  dan Bilik darjah Tahun 1 dan 4. Di sebelah bangunan ini terdapat Ruang Makan Murid dan Guru. Berhdapan  dengan Ruang makan  terdapat tandas murid dan tandas guru.

Untuk keselamatan murid dan harta benda sekolah keliling sekolah ini dipagari. 

Bangunan ini merupakan sebuah bangunan separuh kekal. Bumbungnya dibina dengan asbestos dan genting. Luasnya sekolah ini adalah kira-kira suku ekar.

Kerajaan telah meluluskan pembinaan sebuah bangunan satu blok tiga tingkat pada 01.04.2009. Pada 05.12.2009 , JKR telah memulakan kerja-kerja pembinaan bangunan satu blok tiga tingkat. Hampir tujuh puluh peratus kerja telah siap. Kerja-kerja pembinaan ini dijangka siap sebelum akhir Disember 2010.

KECERIAAN  SEKOLAH
Kami memberi keutamaan bagi keceriaan kawasan sekolah untuk menimbulkan suasana yang indah dan nyaman. Ini memberi dorongan yang amat sesuai bagi pelajaran dan pembelajaran. Sekeliling sekolah ini ditanam dengan pelbagai jenis pokok bunga dan pokok hijau. 

Di tepi-tepi bangunan ini terletak pasu-pasu bunga berbagai warna dan berbagai jenis. Apabila pokok-pokok ini berbunga ia akan memberi suasana yang amat indah dan wangi. Selain daripada ini kesemua murid-murid digalakkan membawa pasu bunga dengan pokok bunga sendiri. Mereka digalak menjaga , membaja, menyiram air pokok-pokok tersebut. Tujuannya adalah untuk memberi pengalaman dan cara-cara penanaman yang betul. 

Terdapat sebuah kolam ikan yang menambahkan keindahan sekolah ini. Di dalam kolam ini terdapat beberapa ikan-ikan air tawar.Kolam ini adalah di bawah jagaan dan penyelenggaraan murid-murid tahap dua. Kolam ini telah musnah dalam banjir yang melanda sekolah mulai 21.12.2006 hingga 30.012.2006.

Di belakang bangunan ini terdapat sebuah kebun di bawah Projek Bumi Hijau. Di sini terdapat beberapa pokok pisang, pokok nenas, dan sayur-sayuran. Ada juga penanaman secara 'Haidrofonik'. Projek Hijau  ini juga telah musnah dalam banjir yang melanda sekolah mulai 21.12.2006 hingga 30.012.2006.

Di sekeliling dinding bangunan ini dihiasi dengan lukisan-lukisan 'mural'. Antaranya ialah bendera-bendera negara dan negeri-negeri.